Tentang MID

Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW) telah membangunkan projek Medan Infodesa (MID) di kampung-kampung terpilih di seluruh Malaysia dalam Rancangan Malaysia Kelapan dan Rancangan Malaysia Kesembilan.  MID ini merupakan salah satu daripada Program ICT Luar Bandar KKLW dalam usaha menjayakan  Agenda IT Negara. MID ini adalah pusat ICT komuniti yang dilengkapi dengan peralatan ICT yang bertujuan untuk menerap dan menggalakkan penggunaan ICT di kalangan masyarakat luar bandar bagi merapatkan jurang digital dan membolehkan semua penduduk mendapat peluang yang saksama bagi memperoleh maklumat dan pengetahuan. Semua MID ini diuruskan  oleh satu jawatankuasa pengurusan yang telah dilantik oleh Kementerian. Jawatankuasa ini  terdiri daripada  kalangan masyarakat setempat yang berkelulusan dalam bidang ICT dan dibantu oleh pemimpin masyarakat di kawasan tersebut iaitu Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung.
PENGURUS     : MASTURA MUSTAPA

ALAMAT : MEDAN INFODESA (MID) KG. KOK PASIR
                   KG. KOK PASIR 16040 TUMPAT, KEL.

TEL         : 09-7251025

EMEL      : midkg.kokpasir@gmail.com